2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi Jabatan Perkhidmatan Awam,Datuk Pauzan Ahmar
KUALA LUMPUR,23 Ogos - Pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) merupakan manifestasi penghargaan kerajaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam,yang terus berusaha meletakkan negara pada landasan kukuh.
Ia juga merupakan reformasi perkhidmatan awam dalam memastikan setiap perkhidmatan kepada rakyat dilaksanakan dengan lebih berkualiti dan berintegriti.
Menurut Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Pauzan Ahmar,penstrukturan semula perkhidmatan menerusi SSPA adalah tepat pada masanya yang turut mengambil kira faktor peningkatan kos sara hidup.
"Bukan sahaja motivasi dan pada masa sama kita akan meningkatkan sistem perkhidmatan kita yang lain,akan dilihat supaya digitalisasi teknologi akan diguna pakai sepenuhnya.
"Seperti kecerdasan buatan (AI) akan dipakai semuanya akan menjadikan perkhidmatan ini lebih lancar,cepat dan tepat untuk rakyat," kata Pauzan Ahmar.
Beliau ditemui pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia,di Angkasapuri.
Tambahnya,pelarasan gaji yang terkandung dalam sistem baharu tersebut bersesuaian dengan perkhidmatan dan pencapaian penjawat awam secara keseluruhan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur