2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,22 Ogos- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Ogos 2024 merosot kepada US$2,521.30 setiap auns troy daripada US$2,541.20 setiap auns troy sewaktu ditutup pada Rabu dan September 2024 menyusut kepada US$2,525.00 setiap auns troy daripada US$2,544.90 setiap auns troy sebelumnya.
Manakala Oktober 2024,November 2024,Disember 2024,dan Februari 2025 semuanya ditutup rendah pada US$2,527.30 setiap auns troy daripada US$2,544.90 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan turun kepada tiga lot daripada 13 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 43 kontrak daripada 54 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$2,497.95 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 21 Ogos 2024.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur