2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Jumaat,mencerminkan prestasi Wall Street semalaman yang lemah / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,23 Ogos - Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Jumaat,mencerminkan prestasi Wall Street semalaman yang lemah.
Pasaran hari ini akan turut dipengaruhi oleh ucapan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) di Simposium Jackson Hole hari ini,dengan kebanyakan peniaga kekal tidak memasuki pasaran sebelum ucapan itu,kata penganalisis.
Pada 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.32 mata kepada 1,638.34 daripada 1,641.66 sebelum ini.
Indeks dibuka tinggi 1.67 mata kepada 1,643.33.
Dalam pasaran secara menyeluruh,kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 311 berbanding 118,dengan 246 kaunter kekal tidak berubah,1,833 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 212.14 juta unit bernilai RM133.99 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran di Wall Street terjejas oleh semakan semula angka pasaran pekerjaan AS.
“Angka pekerjaan turun sebanyak 818,000,menunjukkan pasaran pekerjaan AS mungkin tidak begitu kukuh.
“Oleh itu,Dow Jones Industrial Average (DJIA) merosot 178 mata,Nasdaq susut 300 mata dan hasil 10 tahun AS naik kepada 3.858 peratus,” katanya.
Dalam negara,Thong berkata FBM KLCI ditutup kukuh semalam berikutan pembelian dana asing yang berterusan.
“Bursa tempatan telah menunjukkan prestasi yang baik pada minggu ini walaupun terdapat aktiviti pengambilan untung.
“Bagaimanapun,purata jumlah dagangan kekal rendah berikutan tiada penyertaan runcit,dengan ramai memilih untuk melabur dalam pelbagai tawaran awam permulaan (IPO) kebelakangan ini,yang telah menarik kecairan daripada pasaran,” katanya.
Pada hari ini,beliau menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,640 hingga 1,650.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank menambah 6.0 sen kepada RM10.50,IHH Healthcare naik 3.0 sen kepada RM6.35 manakala Public Bank merosot 3.0 sen kepada RM4.56.
CIMB Group berkurangan 9.0 sen kepada RM7.80 dan Tenaga Nasional susut 8.0 sen kepada RM13.78.
Dalam kalangan saham aktif,EPB Group yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 6.5 sen kepada 62.5 sen,Elridge Energy naik 1.0 sen kepada 41.0 sen dan Cape EMS menambah setengah sen kepada 40.5 sen.
Genetec Technology merosot 9.0 sen kepada RM1.33 dan MSM Malaysia susut 10.0 sen kepada RM1.38.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas jatuh 29.48 mata kepada 12,396.76,Indeks FBMT 100 merosot 30.53 mata kepada 12,061.78 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 14.50 mata kepada 12,360.93.
Indeks FBM 70 merosot 67.81 mata kepada 17,894.31 dan Indeks FBM ACE susut 36.70 mata kepada 5,237.44.
Mengikut sektor,Indeks Perladangan meningkat 8.27 mata kepada 7,207.52,Indeks Tenaga naik 5.30 mata kepada 925.95 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.23 mata kepada 183.15 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 37.22 mata kepada 19,070.10.-BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur