2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,23 Ogos - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM38.21 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.38 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.2 bilion untuk 94 hari.
Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM700 juta dengan tempoh 31 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM40.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.1 bilion. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur