2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

BURSA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,23 Ogos- Dagangan Bursa Malaysia susut setakat tengah hari Jumaat seiring dengan prestasi hambar semalaman Wall Street ketika peniaga menunggu ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell,malam ini.
Pada rehat tengah hari,indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.29 peratus atau 4.86 mata kepada 1,636.80 daripada paras 1,641.66 di akhir dagangan semalam.
Indeks utama itu dibuka menokok 1.67 mata kepada 1,643.33 dan bergerak dalam julat 1,634.12 hingga 1,644.44 pada sesi dagangan awal.
Di pasaran meluas,kaunter rugi mengatasi untung iaitu 878 berbanding 181 manakala 350 kaunter tidak berubah,sebanyak 1,099 tidak diniagakan dan lapan lagi digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 2.29 bilion unit bernilai RM1.47 bilion.
Sementara itu,firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd berkata peniaga kini menumpukan ucapan Powell di acara tahunan Jackson Hole Symposium bagi mendapatkan sebarang isyarat mengenai skala serta jangkaan pengurangan kadar faedah utama negara maju itu pada September.
“Di samping itu,data jualan perumahan terkini Amerika Syarikat juga akan diumumkan lewat hari ini.
“Susulan prestasi negatif semalaman Wall Street,kami menjangkakan tekanan jualan akan turut menular kepada saham tempatan," katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.
Firma pembrokeran itu berkata pelabur juga berkemungkinan menumpukan aspek laporan pendapatan korporat Malaysia,terutama sektor minyak dan gas yang telah menyaksikan keputusan kukuh dicatatkan oleh Armada,Dayang,Perdana dan Deleum.
“Saham penjagaan kesihatan juga mungkin menjadi tumpuan berikutan keputusan Kossan selain kenyataan Thailand mengesahkan kes cacar monyet pertama di Asia membabitkan varian lebih ganas.
"Kami juga memilih sektor pengguna dalam persekitaran prestasi ringgit yang lebih kukuh," katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 4.0 sen kepada RM10.48,Public Bank susut 5.0 sen kepada RM4.54,CIMB Group berkurangan 1.0 sen kepada RM7.88 manakala Tenaga Nasional turun 12.0 sen kepada RM13.74 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.32.
Bagi saham aktif,EPB Group yang melakukan kemunculan pertama di Pasaran ACE naik 5.5 sen kepada 61.5 sen manakala Notion VTEC jatuh 24 sen kepada RM1.13,Cape EMS susut 1.0 sen kepada 39 sen dan MY E.G. Services turun 3.5 sen kepada 90.5 sen.
Selain itu,Elridge Energy pula tidak berubah pada 40 sen.
Di papan indeks pula,Indeks FBM Emas susut 86.96 mata kepada 12,339.28,Indeks FBMT 100 turun 71.75 mata kepada 12,020.56,Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 106.85 mata kepada 12,268.57; Indeks FBM 70 merosot 239.69 mata kepada 17,722.42 dan Indeks FBM ACE kehilangan 97.82 mata kepada 5,176.32.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perladangan meningkat 5.08 mata kepada 7,204.33; Indeks Tenaga menambah 0.76 mata kepada 921.41; Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 61.74 mata kepada 19,045.58 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.74 mata kepada 181.64. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur