2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Luar Brazil,Mauro Vieira/ Foto Reuters
PUTRAJAYA,24 Ogos - Menteri Luar Brazil Mauro Vieira akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata,ia merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sebagai Menteri Luar sejak menyandang jawatan itu pada 1 Januari tahun lepas.
Semasa lawatannya,Vieira akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya,Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Kedua-dua Menteri Luar dijangka membincangkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara,termasuk perdagangan dan pelaburan,industri halal,serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Kedua-dua menteri juga akan bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Kementerian Luar berkata Vieira juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut kementerian itu,Brazil merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin. Pada 2023,Malaysia dan Brazil mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM17.46 bilion,iaitu peningkatan sebanyak empat peratus berbanding RM16.86 bilion yang dicatatkan pada 2022.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur