2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad
TANJUNG MALIM,24 Ogos - Sebuah jambatan Bailey dijangka akan dibina bermula hari ini bagi menggantikan sementara Jambatan Lama Sungai Slim (Slim Village) di Jalan Slim River-Behrang Hulu yang runtuh akibat pergerakan kepala air,petang semalam.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pembinaan jambatan itu dijangka siap dalam masa lima hari.
"Manakala dua buah jambatan lagi yang yang turut runtuh,merupakan jambatan jalan kampung iaitu Jambatan Kampung Pasir dan Jambatan Kampug Sg Muda menghubungkan Kampung Piong," kata Saarani.
Beliau bercakap kepada pemberita ketika meninjau Jambatan Lama Sungai Slim,di sini.
Saarani berkata struktur konkrit pada jambatan sepanjang 77 meter dan lebar 7.5 meter yang menghubungkan pekan Slim Village ke Bandar Slim River serta Bandar Behrang,mengalami kegagalan disebabkan tidak dapat menahan tekanan daripada serpihan kayu yang hanyut bersama aliran air banjir.
Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut sentiasa terjamin,laluan tersebut ditutup untuk sementara.
Saarani berkata JKR juga akan melaksanakan pengurusan traffik seperti sistem papan tanda,sekatan dan lain-lain peralatan,sebagai amaran awal bahawa kawasan tersebut ditutup untuk sementara.
Pada kejadian kira-kira 6.45 petang semalam,hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Muallim dinaiki air berserta kejadian kepala air mengakibatkan ratusan penduduk terperangkap.
Setakat pagi ini,175 mangsa daripada 42 keluarga diselamatkan dan ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS),sementara 19 lagi mangsa di Risda Eco Park masih belum diselamatkan akibat jambatan berhampiran runtuh.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur