2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Keadaan sekitar lokasi kejadian,premis perniagaan memulakan operasi seperti biasa
KUALA LUMPUR,24 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India mangsa insiden tanah jerlus di hadapan Malayan Mansion,Jalan Masjid India di ibu negara disambung pagi ini.
Bagaimanapun sehingga pukul 10.30 pagi tadi,operasi SAR masih belum bermula dan difahamkan agensi terlibat membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Polis Diraja Malaysia (PDRM),Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK) masih berbincang bagi menentukan lokasi pencarian.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa turut berada di lokasi.
Sementara itu turut kelihatan pengamal media mula berada di lokasi kejadian seawal pukul 7.00 pagi bagi membuat liputan pencarian yang memasuki hari kedua.
Bagaimanapun premis perniagaan yang tidak ditutup dengan garisan kuning polis memulakan operasi seperti biasa seawal pukul 8.00 pagi.
Semalam,media melaporkan mangsa merupakan seorang pelancong dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy,48,dikhuatiri tertimbus dalam kejadian pada pukul 8.22 pagi itu.
Menurut Rusdi operasi SAR terpaksa ditangguhkan sementara pada pukul 12.30 tengah malam tadi dan akan disambung semula pukul 9.00 pagi ini ekoran hujan lebat selain persekitaran gelap yang menyukarkan pencarian.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur