2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Nor Azhar Abdul Hamid
JASIN,24 Ogos- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menyasarkan nilai jualan RM410,000 menerusi Program Jualan Khas Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-67 pada tahun ini.
Pengarah FAMA Melaka Nor Azhar Abdul Hamid berkata,pihaknya juga menjangkakan seramai 82,000 pengunjung akan berkunjung ke seluruh pasar tani di negeri itu.
Nilai jualan di setiap tujuh lokasi berbeza itu disasarkan kira-kira RM60,000.
"Tepung,gula,minyak dan mihun. Kita juga ada promosi telur,beras putih dan ayam. Selain daripada Pasar Tani Jasin kita ada lokasi lokasi lain yang kita sasarkan.
"Kita akan jalankan secara berperingkat iaitu kita ada Pasar Tani Lubuk China,Pasar Tani Masjid Tanah,Pasar Tani Ayer Molek,Pasar Tani Merlimau,Pasar Tani Taman Maju dan juga Pasar Tani Alor Gajah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jualan Khas Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-67 di Pasar Tani Jasin di sini.
Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Kanan Pembangunan Institusi Pemasaran FAMA,Isa Hamzah.
Mengulas lanjut,Nor Azhar berkata program jualan khas itu diadakan selama tiga hari dan akan berakhir 25 Ogos ini.
Sementara itu Program Jualan Agro MADANI di seluruh negara capai nilai jualan sebanyak RM98.4 juta,setakat Januari hingga 18 Ogos lalu.
Ia melebihi jualan keseluruhan jualan tahun lalu iaitu sebanyak RM93.7 juta.
Pengarah Kanan Pembangunan Institusi Pemasaran FAMA Isa Hamzah berkata,nilai penjimatan setakat tempoh itu juga meningkat sebanyak RM29.5 juta berbanding tahun lalu iaitu RM27.8 juta.
Setakat ini,jualan itu membabitkan seramai 65,114 usahawan tempatan.
"4,669 program jadi nilai jualan dia RM98.4 juta dan penjimatan kira-kira RM29.5 juta. Jadi dari segi penyertaan,seramai 65,114 usahawan menyertai program ini.
"Jadi program ini dilaksanakan dengan memberi manfaat kepada isi rumah," katanya.
Terdahulu,Jualan Agro MADANI dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui tiga agensi pelaksana iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Inisiatif itu menawarkan harga barangan 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur