2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,24 Ogos- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),agensi terlibat serta syarikat utiliti disaran bekerjasama dalam membuat pemetaan utiliti bawah tanah,bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku terutama ketika pembangunan sesuatu projek.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata,pemetaan berkenaan merupakan satu perkara penting yang perlu dilakukan.
Ia bagi melihat keadaan di bawah tanah dengan kebanyakannya mempunyai saluran perpaipan dan kabel elektrik,yang ada kalanya tidak dipetakan pihak utiliti.
"Saya sebagai ahli parlimen telah terima banyak aduan apabila satu kawasan itu hendak dibangunkan,kerja-kerja korek menunjukkan ada kabel besar TNB contohnya,tetapi tiada dalam peta.
"Jadi saya lihat kita perlu berikan kerjasama kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memastikan kita bukan hanya ada pemetaan di bahagian permukaan,tapi juga pemetaan utiliti. Saya serahkan kepada Datuk Bandar dan sudah pasti kami dalam kalangan ahli Parlimen kita akan menyokongnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Gotong-Royong Mega Merdeka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur