2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurang kepada 220 orang daripada 59 buah keluarga setakat 2.00 petang tadi / Foto RTM
IPOH,24 Ogos - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurang kepada 220 orang daripada 59 buah keluarga setakat 2.00 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan bahawa tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di dua daerah terjejas.
Di daerah Muallim,PPS Masjid Jamek Kampung Pasir menempatkan 128 penduduk terjejas daripada 32 buah keluarga,manakala 60 penduduk daripada 16 keluarga ditempatkan di PPS Masjid Jamek Kampung Slim.
Di daerah Larut,Matang dan Selama (LMS),satu-satunya PPS yang masih dibuka adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang,dengan 32 penduduk terjejas daripada 11 keluarga.
PPS Masjid Ali Rouse Ulu Sepetang di daerah tersebut ditutup sepenuhnya pada 2.00 petang tadi.
Selain itu,Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran 'bahaya' untuk paras air Sungai Slim di Slim River,yang mencatatkan 26.29 meter.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur