2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad / Foto RTM
DUNGUN,24 Ogos - Isu peningkatan kadar elaun tugas atas panggilan atau ‘On Call’ akan dicadangkan kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,untuk dipertimbangkan.
Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan kadar elaun tersebut,yang sebelum ini diusulkan oleh Kumpulan Hartal Doktor Kontrak.
"Saya sangat menyokong peningkatan kadar elaun tugas atas panggilan dan akan mengemukakan syor ini kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan. Kami sudah sepakat,dan insyaAllah saya akan syorkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Hospital Dungun,Klinik Kesihatan Kota Putera dan Klinik Kesihatan Paya Datu di Lobi Hospital Dungun,di sini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur