2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail / Hiasan
DUNGUN,24 Ogos - Sejak bilik gerakan cacar monyet (Mpox) diaktifkan pada 16 Ogos lalu,sebanyak 1.8 juta pengembara dari luar negara telah disaring melalui imbasan suhu di semua pintu masuk negara.
Langkah itu bertujuan meningkatkan pengesanan terhadap warga negara dan pelancong asing yang memasuki Malaysia.
Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata langkah tersebut membantu mengelakkan risiko pendedahan kepada wabak tersebut.
Beliau berkata,pelancong yang menunjukkan simptom seperti demam,ruam,atau gejala mirip Mpox akan dirujuk untuk penilaian perubatan.
"Sebanyak 13 makmal,termasuk lapan makmal kerajaan dan lima makmal swasta,kini sedia beroperasi untuk pengesahan ujian PCR. Namun,tiada kes baharu Mpox dilaporkan di Malaysia setakat ini,dengan jumlah keseluruhan kes disahkan sebanyak sembilan dan kes terakhir dilaporkan pada November 2023," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Hospital Dungun,Klinik Kesihatan Kota Putera dan Klinik Kesihatan Paya Datu di Lobi Hospital Dungun,di sini.
Dr. Dzulkefly turut menegaskan pentingnya pemantauan berterusan terhadap penyakit berjangkit itu meskipun negara tidak mengalami peningkatan kes.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil memandangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC).
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur