2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,23 Ogos- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.
Kontrak Ogos 2024 turun kepada AS$2,520.00 setiap auns troy daripada AS$2,521.30 setiap auns troy ketika ditutup semalam dan September 2024 susut kepada AS$2,523.70 setiap auns troy berbanding AS$2,525.00 setiap auns troy sebelum ini.
Sementara itu,kontrak Oktober 2024,November 2024,Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya merosot kepada AS$2,526.00 setiap auns troy berbanding AS$2,527.30 setiap auns troy sebelum ini.
Jumlah dagangan melonjak kepada 19 lot daripada tiga lot semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 58 kontrak daripada 43 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal berada pada AS$2,483.00 setiap auns troy,mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 22 Ogos. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur