2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan / RTM
KUALA LUMPUR,23 Ogos- Kementerian Perladangan dan komoditi (KPK) akan memohon peruntukan tambahan bagi penanaman semula kelapa sawit dan getah menerusi Belanjawan 2025 akan datang.
Menterinya,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,penambahan peruntukan itu adalah perlu bagi penanaman semula pokok kelapa sawit dan getah menggantikan pokok sedia ada.
Ia salah satu inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan import getah asli pada masa akan datang.
"Tanaman semula juga merupakan salah satu inisiatif yang kita buat...yang ini memerlukan modal dan kita akan bawa perkara ini kepada MOF (Kementerian Kewangan) supaya dipertimbangkan kerana kesannya kalau kita dapat usahakan balik,ia akan mengurangkan import.
"Kerajaan pada masa akan datang akan mendapatkan hasil yang banyak," katanya kepada pemberita di sini.
Dalam pada itu,KPK menerusi agensinya sedang giat mempromosikan kepada pekebun kecil supaya berdaftar dengan BUDI Agri-Komoditi bagi menikmati sumbangan tunai kerajaan susulan pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel.
Ini kerana setakat ini hanya 18,000 daripada 210,000 pekebun kecil dalam negara yang telah berdaftar dengan BUDI Agri-Komoditi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur