2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,24 Ogos- Pasaran getah dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu di rantau pengeluar getah,kata pakar industri Denis Low.
Beliau berkata hujan lebat yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran getah menyebabkan harganya melonjak naik.
“Mungkin terdapat kekurangan bekalan di pasaran. Sehubungan itu,dijangka wujudnya permintaan yang meningkat minggu depan untuk aktiviti-aktiviti stok dan proses penambahan semula,” katanya kepada Bernama.
Low menambah gangguan penghantaran di Laut Merah dan ketegangan geopolitik yang berterusan telah menjejaskan perdagangan antarabangsa dan rantaian bekalan.
“Ini akan terus meningkatkan kos penghantaran dan harga komoditi,yang membawa kepada kekurangan sumber-sumber utama seperti minyak dan gas sehingga menjejaskan pengeluaran perindustrian di seluruh dunia,” katanya.
Sementara itu,seorang peniaga berkata harga getah Malaysia akan terus mengikut prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau dan kekuatan ringgit berbanding dolar AS.
Beliau berkata bekalan getah asli yang terhad di negara pengeluar utama berikutan keadaan cuaca buruk turut membantu menaikkan sentimen pasaran.
“Peniaga di pasaran sedang memerhatikan petunjuk seterusnya mengenai pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) oleh Rizab Persekutuan AS lewat hari ini sambil memantau dengan berhati-hati untuk lebih banyak langkah dasar dari China bagi merangsang ekonominya dan kemas kini mengenai geopolitik di Tengah Timur,” katanya.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 4.5 sen kepada 790 sen sekilogram daripada 785.50 sen sekilogram seminggu sebelumnya.
Sementara itu,susu getah pukal meningkat 11 sen kepada 639.5 sen sekilogram daripada 628.5 sen sekilogram sebelumnya.
Pada 5 petang,harga rujukan LGM untuk GMM 20 fizikal berada pada 793.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 640.5 sen sekilogram. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur