2024-08-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
SEREMBAN,26 Ogos- Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta dari arah belakang di kilometer 258.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS),menghala ke selatan dekat Seremban,Negeri Sembilan pagi tadi.
Mengikut laporan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Nazar Abd Rahman,mangsa yang terpelanting telah dikeluarkan oleh pihak Bomba.
Namun,mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Bomba menerusi kenyataan di facebook memaklumkan sebuah kereta yang mengalami kerosakan di bahu jalan telah di langgar oleh sebuah kereta lain dari arah belakang.
Ketika kejadian,mangsa 31 tahun yang sedang membaiki kereta di bahagian enjin hadapan telah terpelanting dan tertusuk besi pembahagi jalan akibat daripada rempuhan itu.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamata (BBP) Seremban seramai enam orang telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT),selepas menerima panggilan pada pukul 6.44 pagi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur