2024-08-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail
JOHOR BAHRU,26 Ogos- Polis Johor mengeluarkan 153 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan,menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Skudai-Pantai Lido,Johor Bahru,sejak petang semalam hingga awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan,Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan 115 motosikal turut disita dalam operasi itu.
Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu dan ubah suai struktur kenderaan.
Selain itu,seorang lelaki berumur 28 tahun ditahan kerana positif dadah jenis metamphetamine.
Dalam operasi sama,Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 54 saman manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 46 saman kompaun dan 52 notis arah periksa.
Operasi dilaksana sejak pukul 5.00 petang semalam hingga pukul 1.00 pagi tadi,memeriksa 286 individu bersama 257 kenderaan.
Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur