2024-08-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Polis Johor
JOHOR BAHRU,26 Ogos- Sebanyak 625 saman dikeluarkan menerusi Op Mabuk di Johor bermula Jumaat sehingga semalam.
Ia hasil pemeriksaan ke atas 1,585 buah kenderaan dan 1,824 inidividu dalam operasi yang dijalankan di seluruh negeri itu.
Ketua Polis Johor,Komisioner M Kumar menerusi kenyataan berkata,operasi itu dijalankan susulan kesedaran masyarakat mengenai bahaya pengambilan alkohol sangat membimbangkan.
“Kesan alkohol tanpa kita sedar menyumbang kepada kemalangan dan kematian. Jangan leka dengan keseronokan sehingga mengabaikan aspek keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.
Dalam operasi tersebut,seramai 42 individu berumur 25 hingga 68 tahun ditahan selepas dikesan memandu dalam keadaan mabuk. Individu terbabit terdiri daripada 40 lelaki dan dua wanita.
41 individu diambil tindakan mengikut Seksyen 454(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,manakala seorang lelaki disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor( JSPT) giat menjalankan Ops Mabuk bagi memastikan kesalahan ini dapat dibendung secara berterusan melalui pendekatan konsep penguatkuasaan menyeluruh di negeri itu.
“Tiada kompromi terhadap golongan ini dan hukuman berat serta setimpal menunggu jika disabitkan kesalahan",katanya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur