2024-08-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Mohamed Khaled Nordin
KOTA TINGGI,26 Ogos- Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang menunggu laporan penuh berhubung kejadian Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),yang mengalami kebocoran dan tenggelam di kedudukan dua batu nautika di Tenggara Tanjung Penyusop di sini,semalam.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,pihaknya masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian membabitkan kapal yang telah beroperasi sejak tahun 1979 itu.
Namun faktor usia KD Pendekar yang hampir 50 tahun,berkemungkinan bukan menjadi antara penyebab kejadian berkenaan berlaku.
Dalam pada itu pihaknya turut akan melakukan pemeriksaan terhadap kira-kira 15 buah kapal berusia lebih 40 tahun.
"Jadi antara sebab itulah kerajaan sedang berusaha gigih untuk pastikan kapal baru yang kita sedang bina dapat disiapkan mengikut jadual.
"Di samping kita beli kapal-kapal baru,proses ini akan kita teruskan. Kita tidak nafikan bahawa usia-usia kapal yang telah terlalu lama tetapi itu mungkin bukan antara puncanya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat TapakKnowledge Transfe Programme(KTP) Ternakan Kelulut Sedili anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT),di Perumahan PPRT Kampung Sedili Kecil di sini
Dalam pada itukerajaan berusaha gigih untuk memastikan Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang sedang dibina,siap mengikut jadual di samping membeli kapal baharu iaitu Kapal Misi Pesisir (LMS) dari Turkiye.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur