2024-08-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan
PORT DICKSON,26 Ogos- Seramai 141 penduduk terjejas banjir dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Port Dickson susulan banjir melanda di beberapa kampung di kawasan berkenaan.
Menurut Portal Infobencana JKM,Tiga PPS yang dibuka ialah Balai raya Kg. Tanjung Agas,Balai raya Kg. Sungai Raya dan Balai raya Kg. Permatang Pasir.
Banjir berlaku berikutan air pasang besar dan hujan lebat selama beberapa jam pada petang Jumaat lalu.
Sementara itu,Pegawai Pertahanan Awam (APM) daerah Port Dickson,Kapten (APM) Mohamad Azri Abu Hassan,pihaknya kini bersiap siaga sekiranya berlaku banjir kali kedua di kawasan berkenaan berikutan ramalan cuaca yang tidak menentu.
"Kalau kita lihat keadaan cuaca sekarang ini,keadaan mendung cuaca tidak menentu. Jadi pusat pemindahan sementara kita aktifkan. Kita dalam keadaan berjaga-jaga,kita risau takut kawasan yang rendah dinaiki air semula",katanya kepada media di sini.
Kawasan yang terjejas adalah kampung Permatang Pasir,kampung Sungai Raya,kampung Linggi,kampung Tangjung Agas dan Taman Linggi Idaman.
APM bergegas ke lokasi kejadian yang dinaiki air setinggi 3.2 meter selepas menerima panggilan kira-kira pukul 3.00 pagi pada Sabtu lalu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur