2024-08-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Fadillah Yusof
PUTRAJAYA,26 Ogos- Malaysia memerlukan seramai 62,000 tenaga kerja kompeten bagi merealisasikan usaha menggerakkan penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) sehingga 70 peratus atau 56 GigaWatt (GW) menjelang 2050.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing.
"...sebab bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) ini kita beralih kepada peralihan tenaga apabila maknanya lebih banyak yang perku kita laksanakan dan untuk realisasikan.
"Sama ada kita boleh capai atau tidak bukan sahaja kita memerlukan pelabur tetapi memerlukan pekerja. Sekiranya kita tidak mempunyai pekerja yang berpengetahuan,berkemahiran dalam teknikal ini maka kita tidak akan mampu mencapai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis TVET Competent ST-Energy Transition Catalyst,di sini.
Tambahnya,bagi memastikan pembangunan keupayaan dan modal insan yang kompeten menyokong agenda peralihan tenaga,Kerajaan
komited untuk terus memperkasakan proses akreditasi sedia ada yang berfokus kepada tenaga boleh baharu.
Pada majlis sama,beliau turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).
MoU itu bertujuan mengharmonikan tadbir urus dan kawal selia antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi dan kualiti perkhidmatan negara.
Dalam pada itu Fadillah turut memaklumkan kerajaan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak pembangkang berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
"Tanya pembangkang.. belum dapat lagi,belum dapat respons daripada mereka," katanya ringkas.
Sementara itu pada 20 Ogos lepas Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata sudah menerima draf MoU tersebut dan akan membincangkannya dalam masa terdekat.
Pada 9 Julai lepas,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan isu agihan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit untuk diselesaikan.
Beliau berkata syarat ditetapkan kepada mana-mana ahli parlimen pembangkang yang mahu memperoleh peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.
Draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.
Global Launch of iCAUR V27 in Dubai: The Classic New-Energy Boxy SUV Sets Off on Its Worldwide Journey!
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur