2024-08-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengerusi MDEC,Syed Ibrahim Syed Noh/Foto RTM
KUALA TERENGGANU,26 Ogos-Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia,MDEC menyasarkan peningkatan terhadap permohonan pas De Rantau Nomad sehingga 20 peratus menjelang akhir tahun ini.
Pengerusi MDEC,Syed Ibrahim Syed Noh berkata,kemudahan imigresen yang disedia untuk nomad digital warga luar negara itu mula diperkenal 2022 lalu.
Menerusinya mereka dibenar bekerja selama maksimum dua tahun melalui Pas Lawatan Iktisas yang dikeluarkan dan menjalankan kerja-kerja khusus untuk tempoh singkat di negara ini.
Jelas Syed Ibrahim,ia turut menawarkan ekosistem yang dinamik dengan lebih 2,183 Hab DE Rantau; iaitu pelbagai jenis tempat penginapan yang disahkan agensi itu.
"Saya rasa sasaran sahaja tidak mencukupi tapi kena lihat aspek sumbangan ekonomi digital itu kepada negara.Sebab tu Ketua Setiausaha (KSU) menyebut pada 2025,tahun depan 25.5 KDNK datang dari ekonomi digital",katanya demikian selepas ditemui pada perasmian DE Rantau @ Terengganu di sini.
Terengganu adalah lokasi ke enam pelancaran DE Rantau selepas Pulau Pinang,Langkawi,Melaka,Kuala Lumpur,dan Perak.
Sementara itu,Exco Pelancongan,Kebudayaan,Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu,Datuk Razali Idris berkata pemilihan Terengganu sebagai salah sebuah hab atau destinasi digital nomad bakal merancakkan ekonomi negeri berkenaan.
"kita memang mengalu-alukan dan berusaha bersungguh-sungguh DE Rantau di Terengganu bukan sekali jumpa tapi berharao bahawasanya Terengganu sangat sesuai untuk dijadikan hab atau destinasi digital nomad",katanya di sini.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur