2024-08-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUANTAN,26 Ogos- Seorang lelaki berusia 20-an ditemui tidak sedarkan diri di kawasan laluan trek pejalan kaki Hutan Bukit Pelindung,di sini pada Sabtu lalu meninggal dunia akibat strok haba.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata,pada hari kejadian mangsa dari Kuantan telah menyertai program larian sekitar Teluk Chempedak dan dipercayai telah pergi ke Bukit Pelindung untuk aktiviti larian mendaki bermula pada pukul 6.40 pagi.
Beliau berkata,mangsa kemudian dijumpai orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan laluan trek pejalan kaki Hutan Bukit Pelindung kira-kira pukul 3.00 petang.
"Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut.
"Sebaik tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAA mangsa berada dalam keadaan kritikal dan segera diberikan rawatan dan kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Bagaimanapun keadaan mangsa semakin tenat walaupun rawatan optima telah diberikan dan mangsa dilaporkan meninggal dunia pada 9.39 malam,Ahad," katanya dalam satu kenyataan.
Dr Rusdi berkata,ini merupakan kes kedua kematian membabitkan strok haba di Pahang selepas kejadian pertama yang melibatkan anggota APM sedang menjalani Latihan di Bandar Jengka,Maran pada 2 Februari lalu.
Hingga kini jumlah kes berkaitan cuaca panas yang dinotifikasi di Pahang pada tahun ini ialah 18 kes dengan 14 kes melibatkan kelesuan haba dan empat kes melibatkan strok haba dengan dua kematian.
Menurut Jabatan abatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),suhu harian bagi Negeri Pahang adalah dalam keadaan terkawal iaitu kurang daripada 35 darjah celcius.
Julat suhu pada hari kejadian ialah dalam lingkungan 24 hingga 33 darjah celcius.
JKNP menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak komplikasi berikutan cuaca panas lebih-lebih lagi apabila beriadah atau menjalankan aktiviti luar.
"Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti minum air kosong secukupnya,kurangkan pengambilan minuman berkafein,pakai pakaian yang ringan,longgar dan berwarna terang.
"Orang ramai juga perlu memakai topi atau payung untuk melindungi diri daripada pancaran haba matahari serta menggunakan pendingin hawa atau kipas untuk menyejukkan badan supaya kekal sihat di musim cuasa panas dan tidak menentu ini,"katanya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur