2024-08-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,26 Ogos - Ringgit dibuka kukuh pada 4.35 berbanding Dolar AS,mencecah hampir paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berikutan Rizab Persekutuan (Fed) AS dilihat berada di landasan untuk penurunan kadar faedah,kata penganalisis.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan naik 205 peratusan dalam mata (pip) kepada 4.3515/3700 berbanding dolar AS daripada 4.3720/3775 pada Jumaat lepas.
Paras tertinggi ringgit yang ditutup sebelum ini ialah 4.3520/3570,dicatatkan pada 29 April 2022.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada Simposium Jackson Hole pada Jumaat lepas menunjukkan perubahan dasar daripada mengekang risiko inflasi yang lebih tinggi kepada mengelak pengurangan dalam kadar pertumbuhan pasaran buruh.
“Powell amat jelas dalam ucapannya,menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk dasar itu diselaraskan.
“Sehubungan itu,hampir pasti bahawa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada 17 hingga 18 September akan menyaksikan Fed memulakan pelonggaran dasar monetarinya,” katanya kepada Bernama.
Oleh itu,Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka terus meningkat berbanding dolar AS dan mungkin bergerak ke arah paras sokongan segera pada RM4.3000 hari ini.
Sementara itu,ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.0231/0362 daripada 2.9914/9956 pada Jumaat lepas,merosot berbanding euro kepada 4.8689/8896 daripada 4.8604/8665 sebelum ini dan susut berbanding pound kepada 5.7501/7745 daripada 5.7391/7463 sebelum ini.
Sebaliknya,prestasi ringgit bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 280.8/282.2 daripada 282.1/282.7 pada Jumaat lepas dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.75 daripada 7.75/7.76 sebelum ini.
Bagaimanapun,mata wang tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3447/3595 daripada 3.3410/3454 pada Jumaat lepas dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.8106/8734 daripada 12.7575/7810.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur