2024-08-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan membuka pejabat baharu di Karachi,Pakistan / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,25 Ogos - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan membuka pejabat baharu di Karachi,Pakistan,sebagai sebahagian daripada tumpuan Malaysia terhadap pasaran yang sedang pesat membangun.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia merancang untuk meningkatkan perdagangan dengan negara-negara seperti Afrika Selatan,Libya,Mesir,dan beberapa negara di Amerika Latin dalam bidang pertumbuhan utama.
Menurut beliau,MATRADE kini mempunyai 49 pejabat di seluruh dunia,dengan pejabat terkini dilancarkan di Singapura pada tahun ini.
Selain itu,agensi penggalakan perdagangan tersebut turut menaik taraf pejabatnya di Kaherah dan Paris.
Tengku Zafrul turut menyatakan bahawa Pejabat MATRADE di Karachi akan dibuka dalam masa terdekat.
Karachi merupakan hab komersial dan perkapalan utama Pakistan.
Perdagangan antara Malaysia dan Pakistan bernilai AS$1.4 bilion pada tahun 2023 dan telah melepasi AS$1 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024,berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh MATRADE.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur