2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: FB Pelaburan Hartanah Bhd (PHB)
KUALA LUMPUR,27 Ogos- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) mengumumkan pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif baharu berkuat kuasa 16 Ogos,2024,susulan persaraan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh pada 1 Ogos,2024.
Dalam kenyataan pada Selasa,PHB menjelaskan sebagai tokoh penting dalam sektor awam dan swasta,Raja Arshad membawa pengalaman luas dalam bidang korporat ke dalam PHB.
“Beliau kini ialah pengerusi kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan pengerusi Bumi Armada Bhd.
“Beliau juga Felo Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) dan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA),dan beliau berkhidmat dalam majlisnya selama 24 tahun,tiga daripadanya sebagai presiden,” jelas PHB.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB Mohamad Damshal Awang Damit berkata pengalaman luas Raja Arshad dalam pengurusan korporat dan kepimpinan institusi akan menjadi aset yang amat berharga PHB.
Pengalaman beliau akan membantu memajukan mandat PHB untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan aset hartanah komersial utama di Malaysia melalui pengurusan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB),sebuah dana amanah patuh syariah,katanya dalam kenyataan yang sama.
PHB adalah cabang operasi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan penaja kepada AHB.
Lembaga Pemegang Amanah YAHB dipengerusikan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur