2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 Ogos- Seminar Teknikal Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 membawa perbincangan yangmenyumbang kepada masa hadapan yang lebih inklusif dan terjamin untuk semua pekerja.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia membantu membina ekonomi gig yang lebih adil,saksama,serta mampan.
Ia juga merapatkan jurang antara sektor formal dan tidak formal dalam pasaran buruh semasa.
"Seminar tersebut (ISSA) berupaya menjadi pemangkin merentas benua bagi membuka jalan untuk membina dasar komprehensif dan polisi kalis masa hadapan demi kepentingan pekerja gig," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian bersempena seminar tersebut diPusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Lebih 1,600 peserta dari dalam dan luar negara menghadiri seminar berkenaan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Seminar itu menampilkan 25 speaker dari pelbagai negara antaranya India,FIlipina,Turkiye,Vietnam,Thailand dan Iran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur