2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Program Jualan Agro MADANI,Jimat @Madani di Taman Seri Marina Kuala Kedah
ALOR SETAR,27 Ogos- Kekurangan bekalan ikan di Kedah berikutan cuaca tidak menentu dijangka kembali stabil setelah cuaca pulih.
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM Kedah Mohd Fauzi Ghazali berkata orang ramai tidak perlu bimbang kekurangan bekalan kerana Persatuan Nelayan Kedah (Nekad) menyimpan stok ikan sejuk beku yang mencukupi.
Katanya,berikutan nelayan tidak aktif ke laut,hasil tangkapan ikan yang berkurangan sejak seminggu lalu itu menyebabkan kenaikan harga ikan kembung antara RM14 hingga RM16 sekilogram.
"Kita masih ada ikan sejuk beku dibekalkan oleh pihak NEKAD. Sebanyak 500 kilogram stok. Pengurangan bekalan ikan itu memang ada sebab nelayan tidak dapat keluar. Insya-Allah,bekalan ikan di Kedah akan stabil selepas musim ini",katanya kepada media selepas meninjau jualan ikan murah LKIM di Program Jualan Agro MADANI,Jimat @Madani di Taman Seri Marina Kuala Kedah.
Sebanyak 150 kilogram ikan kembung yang dijual pada harga RM10 sekilogram habis terjual.
Pelbagai produk dan barangan runcit lain dijual sehingga 30 peratus lebih murah. Antaranya,beras lima kilogram RM14,sepapan telur ayam antara RM11 hingga RM11.60 dan ayam segar RM10 sekilogram. Manakala,250 pengunjung terawal menerima kupon diskaun RM5.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur