2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto JBPM Sarawak
KUCHING,27 Ogos- Seramai 37 penghuni melibatkan tujuh keluarga dari dua buah rumah di Kampung Tabuan Cemerlang,Kuching hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka terbakar pagi tadi.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,insiden mengakibatkan kediaman mereka hampir terbakar 100 peratus.
Bagaimanapun,tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"PGO menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.03 pagi.
"Seramai 23 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya serta dibantu BBP Padungan digegaskan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.27 pagi. Api berjaya dipadam sepenuhnya dua jam kemudian," menurut kenyataan itu.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur