2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,27 Ogos- Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil meluangkan masa hampir sejam meninjau kawasan kemudahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam.
Fahmi turut memaklumkan sisa kumbahan dari Jalan Masjid India akan berakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) sekali gus memberi harapan penemuan mangsa insiden tanah jerlus.
"Semua sisa kumbahan semua akan berakhir di sini (IWK Pantai Dalam) dan tidakakan dapat melepasi lokasi ini kerana akan dipisahkan 0.4 juta sisa warga diuruskan di fasiliti ini 1.4 juta adalah di fasiliti Pantai 2. Jadi memang akan berhenti di sini.
"Pencarian diteruskan,itu saja yang boleh saya katakan," katanya ketika ditemui pemberita di katanya kepada pemberita di sini.
Tambahnya,beliau menerima taklimat daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta IWK.
Jarak lurang kumbahan dari Jalan Masjid India hingga ke loji IWK Pantai Dalam sejauh kira-kira tujuh kilometer.
Hari ini merupakan hari kelima misi mencari pelancong dari Kuppam,Andhra Pardesh dikenali sebagai Vijayaletchumy,48,yang hilang selepas terjatuh kedalam lubang sedalam lapan meter yang terhasil akibat kejadian tanah jerlus.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur