2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA
GEORGE TOWN,27 Ogos- Sektor elektrik dan elektronik (E&E) digesa menggunakan pendekatan holistik bagi pembangunan bakat pekerja berkemahiran dalam memastikan Malaysia mendahului pesaingnya.
Menurut Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,mengekalkan bakat yang kekal kukuh itu menjadi cabaran utama bukan sahaja di Malaysia,malah negara lain yang terlibat dalam sektor tersebut.
"Saya percaya jika kita dapat menyelesaikan isu ini,kita akan mendahului dalam persaingan dan kita perlukan pandangan jangka panjang mengenai pembangunan bakat.
"Ini semestinya termasuk menyemai minat dalam Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah untuk memastikan pilihan kerjaya menarik supaya pelajar memilih untuk meneruskan laluan ke industri tersebut," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) di sini.
Turut hadir,Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow.
Sektor berkenaan telah membentuk lebih 40 peratus daripada jumlah eksport negara menjadi petunjuk jelas kepentingan sektor tersebut kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Terdahulu,kerajaan mengumumkan program yang diterajui MOF iaitu Gear-up direka untuk meningkatkan pertumbuhan dalam sektor ekonomi penting.
Enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah komited melabur RM120 juta dalam pelaburan domestik langsung (DDI) dalam tempoh akan datang bagi program tersebut antaranyaKhazanah Nasional Berhad,Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur