2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,27 Ogos- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa,dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM36.01 bilion dalam sistem konvensional,dan RM19.99 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik iaitu RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.0 bilion bagi 92 hari.
Selain itu,BNM akan melaksanakan satu tender repo berbalik Islam bernilai RM100 juta untuk 31 hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula,serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.
Pada pukul 4 petang,BNM akan melaksanakan satu tender semalaman konvensional RM38.5 bilion dan satu tender semalaman murabahah bagi RM20.1 bilion.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur