2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif Para SUKMA Sarawak,Datu Hii Chang Kee
KUCHING,28 Ogos- Sebanyak 25 buah bas RapidKL di bawa ke Sarawak bagi memudahkan pergerakan atlet Para SUKMA yang berkerusi roda sepanjang temasya berlangsung bermula 22 hingga 28 September depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Para SUKMA Sarawak,Datu Hii Chang Kee berkata seramai 300 atlet berkerusi roda terlibat pada temasya kali ini.
“Kita hanya ada 10 sukan dan kita mengambil kira faktor pergerakan atlet golongan orang kurang upaya (OKU) ini."
"Jadi,kita hanya fokuskan acara di Kuching melibatkan 10 venue dan kebanyakkan venue di Petrajaya," ujar Datu Hii kepada RTM selepas hadir temu bual dengan REDfm di RTM Sarawak,Kuching,pagi tadi.
Seramai 1,300 atlet dan 780 pegawai teknikal akan terlibat sepanjang Para SUKMA berlangsung.
Acara pembukaan dijangka dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sarawak,Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar manakala penutup oleh Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof di Stadium Perpaduan,Petrajaya.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur