2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pasukan bomba lengkap dengan alat pernafasan memasuki stesen pam di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam hari ini/JBPM
KUALA LUMPUR,28 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh dalam lubang sedalam lapan meter susulan tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini diteruskan hari ini yang memasuki hari keenam pencarian.
Tinjuan pemberita RTM mendapati pasukan bomba dan penyelamat telah tiba di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam sekitar pukul 9.15 pagi.
Beberapa anggota bomba lengkap dengan alat pernafasan juga dilapor telah memasuki stesen pam di IWK berkenaan.
Sementara itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan pasukan SAR pagi ini akan meneruskan kerja-kerja pencarian mangsa dengan memberikan tumpuan di kawasan kejadian di Jalan Masjid India.
"Kerja-kerja SAR pada malam tadi telah ditangguhkan ekoran hujan lebat.
"Pada masa sama,kerja-kerja Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi penilaian integriti tanah di laluan saluran kumbahan akan diteruskan dan dijangka selesai pada hari ini," menurut kenyataan hari ini.

Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur