2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Nahas membabitkan lori dan treler di Jalan Damar,dekat sini malam tadi.
TEMERLOH,28 Ogos- Dua lelaki maut dan tiga yang lain cedera selepas terlibat dalam nahas membabitkan lori dan treler di Jalan Damar,dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh,Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata,dalam kejadian kira-kira jam 9.26 malam itu,mangsa iaitu seorang warga Bangladesh berusia 37 tahun dan warga Pakistan berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori dari arah Raub menghala Kuantan terbabas sehingga menyebabkan ia bertukar haluan ke laluan bertentangan.
"Sebuah treler dari arah hadapan tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian hadapan lori menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas ke dalam gaung di sebelah kanan jalan sejauh 20 meter," katanya.
Sementara itu katanya,pemandu lori berusia 28 tahun dan penumpang lori yang juga warga Bangladesh berusia 30 tahun serta pemandu treler berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.
Ujar Mazlan,kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur