2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,28 Ogos- Seramai 635 nama pengarah syarikat yang gagal menjelaskan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara Januari dan Jun 2024,dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
KWSP dalam kenyataannya memaklumkan,langkah itu bertujuan menghalang pengarah terlibat meninggalkan negara,sehingga tunggakan diselesaikan.
Ketua pegawai operasinya,Sazaliza Zainuddin mengingatkan semua majikan perlu membayar caruman pekerja dengan segera seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 43(1) Akta KWSP.
Kegagalan membayar caruman pada masanya,satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Sehingga Jun 2024,13,820 majikan daripada keseluruhan 685,399 majikan berdaftar dengan KWSP,gagal membayar caruman pekerja."
"Bagi tempoh sama,12,787 pengarah syarikat dihalang keluar negara akibat tunggakan caruman,seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991," kata kenyataan itu
Selain itu,sebanyak 1,932 saman sivil difailkan terhadap pengarah syarikat bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 manakala 2,200 kes jenayah difailkan terhadap majikan ingkar.
KWSP turut menasihati ahli agar menyemak akaun secara berkala melalui aplikasi i-Akaun untuk pastikan jumlah dan masa pembayaran caruman adalah tepat.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur