2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Qayzikri Hazimi dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sikamat sejak tengah hari semalam.
SEREMBAN,28 Ogos- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sikamat di sini sejak tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban,ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Qayzikri Hazimi,14,daripada gurunya pada 5.12 petang.
“Lebih kurang 10.30 pagi,seorang guru telah dimaklumkan oleh pelajar lain bahawa remaja itu tiada di dalam kelas. Pihak sekolah cuba mencari di dalam kawasan sekolah dan asrama tetapi dia gagal ditemukan.
"Seorang saksi iaitu rakan sekelas ada ternampak pelajar berkenaan keluar dari kelas dengan membawa beg sekolah dan ke bahagian belakang asrama. Usaha mengesan sedang dijalankan dan punca dia melarikan diri masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata anak sulung daripada dua beradik itu kali terakhir dilihat memakai pakaian sukan sekolah.
Kes diklasifikasikan sebagai kes orang hilang (OH) dan disiasat di bawah Kertas Enkuiri Polis (OH).
Susulan itu,Mohamad Hatta berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau ternampak pelajar berkenaan diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban Sarjan Shahrul Azhar Hamdan di talian 014-3434007. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur