2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,28 Ogos- Sebanyak 350 Jalur Gemilang diedarkan melalui Program Pengedaran dan Kibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di kawasan Little India,Brickfields,Kuala Lumpur,hari ini.
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching,lebih daripada 50 premis perniagaan di kawasan terbabit telah menerima penyerahan bendera,sebagai usaha menyemarakkan lagi sambutan bersejarah negara saban tahun.
Tambah Teo,pelbagai jenis kemudahan pengangkutan disediakan secara percuma kepada orang ramai,yang ingin hadir ke lokasi sambutan pada 31 Ogos,di Dataran Putrajaya.
"Untuk kemudahan orang awam,kami sediakan 80 buah bas ulang-alik (shuttle bus). Selain itu,feri untuk mereka yang berhasrat mahu menyertai perarakan pada 31 Ogos ini,kami ada beberapa lokasi tertentu (checkpoint)."
"Boleh bertolak dari MRT,PICC dan juga Taman Botanik. Ini adalah tiga lokasi yang di mana kita telah sediakan perkhidmatan bas ulang-alik," kata Teo kepada pemberita,hari ini.
Perkhidmatan teksi air juga turut disediakan sempena sambutan itu.
Kementerian Komunikasi sebagai peneraju program telah melancarkan beberapa inisiatif untuk memeriahkan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Antaranya,Program Jiwa Merdeka yang bertujuan menggalakkan kibaran Jalur Gemilang di bangunan-bangunan kerajaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) turut dianjurkan untuk menyemarakkan amalan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan premis masing-masing.
Program tersebut dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Menteri Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
Tahun lalu,program serupa dilaksana di KL Sentral,Jalur Gemilang diedar kepada penumpang KTM dan LRT.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur