2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM Perlis
KANGAR,28 Ogos - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Perlis telah melaksanakan Program Sembang Santai Komuniti Merdeka bagi memberi pendedahan dan menyampaikan maklumat berkaitan isu-isu semasa di negeri itu.
Program tersebut melibatkan perkongsian maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai ancaman keganasan serta pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang berkongsi mengenai aplikasi MyKiblat.
Pengarah JPNIN Negeri Perlis,Hanita Ahmad berkata program tersebut bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada komuniti setempat agar dapat dijadikan panduan mengenai isu-isu semasa.
"Program Sembang Santai ini juga menjadi medium untuk mengeratkan perpaduan antara penduduk. Bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara,program ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman bersama veteran tentera," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Sembang Santai Komuniti Merdeka yang berlangsung di Dewan Taman Perumahan Behor Lateh,Kayang,di sini.
Tambah Hanita,pelbagai lagi program bersama komuniti akan dilaksanakan menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia oleh JPNIN dan komuniti dalam usaha menyemarakkan semangat jiwa merdeka.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur