2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,27 Ogos- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM39.01 bilion daripada RM36.01 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam turun kepada RM16.62 bilion daripada RM19.99 bilion.
Terdahulu,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula,dan kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Ia menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM39.0 bilion daripada RM38.5 bilion.
Pada 4.00 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM39.0 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM16.6 bilion,kedua-duanya untuk wang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus pada 26 Ogos. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur