2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR,27 Ogos - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Ogos 2024 menyusut kepada US$2,512.80 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,526.40 pada Isnin manakala September 2024 berkurang kepada US$2,516.50 setiap auns troy daripada US$2,530.10.
Kontrak Oktober 2024,November 2024,Disember 2024,dan Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,518.80 setiap auns troy daripada US$2,532.40.
Jumlah dagangan merosot kepada sembilan lot daripada 13 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 51 kontrak daripada 55 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada US$2,511.20 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 23 Ogos,2024. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur