2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,28 Ogos-Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras1,660dengan indeks penanda aras memperoleh 0.79 peratus,paras tertinggi dalam tempoh44 bulan disokong oleh belian berterusan di kaunter perkhidmatan kewangan.
Pada pukul 9.05 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 13.17mata kepada 1,665.46daripada 1,652.29ketika ditutup pada Selasa.
IndeksFBM KLCI tertinggi sebelum ini dicatatkan pada 14 Disember 2020,ia ditutup pada 1,662.74.
Indeks itu dibuka 5.48mata lebih tinggi kepada 1,657.77.
Bagi keseluruhan pasaran,kaunter untungmengatasi kaunter rugisebanyak 183berbanding 178,manakala 217kaunter tidak berubah,1,938kaunter tidak diniagakan dan 42yang lain digantung.
Jumlah dagangan mencecah 136.53juta unit bernilai RM121.54juta.
Saham di pasaran Wall Street ditutup tinggi dalam persekitaran ketidaktentuan kerana pedagang menunggu pengumuman pendapatan Nvidia yang akan dikeluarkan lewat hari ini.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen tempatan semakin baik dengan peningkatan pendapatan korporat,ekonomi kukuh,lebih banyak kontrak pembinaan terutamanya di pusat data dan pengukuhannilai ringgit.
“Semua faktor ini mendorong pasaran untuk diniagakanlebih tinggi. Kami percaya pengumpulan saham mewah akan berterusan walaupun sentimen pasaran lebih luas mungkin agak suramkerana kekurangan penyertaan runcit,” katanya kepada Bernama.
Beliau menganggap kemasukan tawaran awam permulaan (IPO) baru-baru ini mencecah RM2 bilion diperoleh untuk separuh pertama 2024 mungkin menjadi salah satu sebab utama minat rendah terhadappermodalan kecil.
“Oleh itu,kami menjangkakan indeks akan beradaantara julat 1,645-1,655 hari ini dalam tempoh musim pengumuman keputusan pendapatan bagisuku ketiga 2024,” katanya.
Antara saham wajaran tinggi,Maybank naik10sen kepadaRM10.80,Public Bank meningkat enam sen kepadaRM4.74,CIMB menambah 20 sen kepadaRM8.13 dan Tenaga menokok16 sen kepadaRM14.08,IHH merosot dua sen kepadaRM6.28.
BagiKalangan kaunter paling aktif,Vetece melonjak22 sen kepada47 sen,Velesto menambah 0.5 sen kepada21.5 sen manakalaNotion jatuh3.5 sen kepada85.5 sen,Securemetric merosot2.5 sen kepada21.5 sen danTanco berkurangan satu sen kepadaRM1.03.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas meningkat 69.09mata kepada 12,489.83,Indeks FBMT 100 naik 73.71mata kepada 12,184.27dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 33.88mata kepada 12,358.98.
Indeks FBM 70 menokok 23.25mata kepada 17,790.24,bagaimanapunIndeks FBM ACE merosot13.61mata kepada 5,176.33.
Mengikut sektor,Indeks Perladangan meningkat 33.08mata kepada 7,247.74,Indeks Tenaga turun2.16mata kepada 944.72,Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menguncup0.12mata kepada 183.41,dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 3194.67mata kepada 19,473.52.- BERNAMA
Global Launch of iCAUR V27 in Dubai: The Classic New-Energy Boxy SUV Sets Off on Its Worldwide Journey!
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur