2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail
PUTRAJAYA,28 Ogos- Dapatan Tinjauan Ekonomi Terhadap Malaysia 2024 oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) akan digunakan bagi merangka Rancangan Malaysia Ke-13.
Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli berkata antara input yang akan diambil kira termasuk pertumbuhan inklusif,cabaran iklim dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PMKS).
"Kerana sektor-sektor lain,kita memang sudah ada program dan intervensi yang telah diumumkan sebelum ini. Kalau perubahan iklim,kemampanan,peralihan tenaga,memang sudah ada."
"Yang berkaitan dengan konsolidasi fiskal,memang sudah pun dibincangkan," kata Rafizi kepada pemberita pada pelancaran Tinjauan Ekonomi MalaysiaOECD 2024,di sini.
Sementara itu,Pengarah Cawangan Pengajian Negara,Jabatan Ekonomi OECD,Dr Luiz de Mello berkata Malaysia kini sedang menghampiri ambang negara berstatus berpendapatan tinggi.
Ia dipacu pertumbuhan ekonomi pesat dan inklusif yang mampan selama setengah abad yang menyaksikan negara mencapai kemajuan ekonomi dan sosial luar biasa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur