2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO Majlis Bandaraya Diraja Klang
KLANG,29 Ogos- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenaan melancarkan pencahayaan Jambatan Kota di Klang,Selangor malam tadi.
Tengku Amir pada majlis itu juga berkenan beramah mesra dengan pengungjung yang hadir dan peniaga di jambatan kota berkenaan.
Perlancaran itu sempena Program Gagasan Rumpun Selangor daerah Klang yang berlangsung selama tiga hari sehingga esok.
Jambatan Kota berusia enam dekad yang merentangi Sungai Klang di Selangor telah dihidupkan semula berikutan pengubahsuaian sebanyak RM700,000.
Naik taraf jambatan sepanjang 250 meter itu termasuk pemasangan penurap jalan baharu,pengecatan semula galang kekuda keluli kepada warna putih asalnya serta pendawaian dan pencahayaan baharu.
Jambatan itu,bahagian penting warisan Klang,kini dibuka kepada penunggang motosikal,penunggang basikal dan pejalan kaki,selepas usaha pemulihan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur