2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz / Foto RTM
KOTA BHARU,29 Ogos - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terus memperkukuh reformasi perkhidmatan awam sebagai usaha untuk merealisasikan agenda Malaysia MADANI.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata langkah itu diambil bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam serta kesediaan melakukan perubahan dalam penyampaian aspirasi H.E.M.A.T.
"Seruan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam bukanlah perkara baharu. Ia juga merupakan mekanisme utama dalam memperbaiki tatakelola organisasi di seluruh peringkat melalui nilai-nilai penting yang harus dipegang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bitara INTAN Bicara Aspirasi H.E.M.A.T: Menjunjung Aspirasi,Memacu Prestasi,di sini.
Wan Ahmad Dahlan turut menyambut baik seruan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk segera mereformasikan perkhidmatan awam bagi meningkatkan kompetensi dalam pelbagai aspek.
Ini termasuk memperhalusi dan memperkasakan polisi serta pekeliling yang telah lapuk agar selaras dengan aspirasi H.E.M.A.T.
H.E.M.A.T merupakan aspirasi baharu perkhidmatan awam yang diperkenalkan oleh KPPA,Februari lalu merujuk kepada kewaspadaan pegawai awam dalam tindakan serta ketelitian dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur