2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan/ BERNAMA
KUALA TERENGGANU,29 Ogos- Seramai 7,658 kanak-kanak di bawah usia 18 tahun yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan direkodkan sepanjang tahun lepas.
MenteriPembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 3,957 kanak kanak direkodkanbagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Jelasnya,kes diabaikan ibu bapa atau penjaga paling tinggi iaitu 63 kes.
"Ia diikuti kes dicedera dan dianiaya secara seksual sebanyak 24 kes. Lain- lain kes termasuk dicedera dan dianiaya secara fizikal,emosi,diluar kawalan ibu bapa serta perlu diperiksa,disiasat atau dirawat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program tersebut peringkat Negeri Terengganu di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 di sini.
Pihaknya proaktif melaksanakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak Kanak dengan menyasarkan lebih 300 program di peringkat sekolah di seluruh negara.
Ia bagi memastikan keselamatan dan kebajikan kanak kanak sentiasa dipelihara serta hak sebagai kanak kanak dilindungi.
"Apa yang kita katakan 'save touch' atau sentuhan selamat dan tidak selamat,dan ini perlu dididik kepada anak-anak sebab banyak kes ini bukan hanya dilakukan oleh orang luar,tetapi dilakukan oleh keluarga sendiri.
"Ini menyukarkan kita bila berlaku kat rumah siapa nak bantu anak-anak ini untuk melaporkan,jadi sebab itu kita nak perkasakan anak-anak ini supaya mereka tahu mereka ada hak,macam mana nak melaporkan," katanya.
Program advokasi yang turut mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADk) itu juga menekankan talian kasih 15999 atau WhatsApp 019-2615999 bagi membolehkan aduan dibuat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur