2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR,29 Ogos- Gambar kes tanah mendap di sekitar Jalan Dewan Bahasa,Kampung Attap yang tular hari ini merupakan gambar lama.
Menerusi perkongsian di Facebook,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan tersebut telah dijalankan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi berita yang tidak sahih kerana ianya boleh menimbulkan kegelisahan awam," menurut kenyataan itu.
Terdahulu,tular satu hantaran di laman media sosial Facebook ‘Motoqar’ yang memaparkan sekeping gambar jalan mendap dengan kehadiran beberapa anggota dipercayai daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.
Sementara itu,Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan turut memaklumkan sememangnya ada berlaku kes tanah mendap di Kampung Attap dua hari lepas.
"Tanah mendap ada berlaku dua hari lepas di Kampung Attap tapi tidak dilaporkan kepada bomba," menurutnya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur