2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA NERUS,29 Ogos- Sebanyak 10 kes lemas direkodkan Angkatan Pertahanan Awam Terengganu dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Kes paling tinggi direkodkan di Besut iaitu 4 kes,diikuti Dungun dan Marang 2 kes,manakala masing-masing 1 kes di Kuala Terengganu dan Kemaman.
Semua kes tersebut melibatkan kawasan pantai,sungai dan pusat rekreasi air terjun.
Pengarah APM Terengganu,Leftenan Kolonel (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddinberkata,risiko insiden lemas boleh diminimumkan,sekiranya orang ramai peka dengan amaran dikeluarkan.
Antara kawasan berisiko yang dikenalpasti insiden kepala air adalah Lata Tembakah,Besut,Ulu Kasar di Setiu dan Hutal Lipur Sekayu di Hulu Terengganu.
Pihaknya turut menempatkan pasukan penyelamat pantai di lima lokasi seperti Pulau redang,Pantai Kekabu,Bukit Keluang,Pantai Mangkuk dan Rhu 10.
"Kita memang sentiasa bagi nasihat kepada anggota jika nampak pengunjung leka atau terlampau leka,kita akan bagi nasihat. Jika pengungjung nampak bendera merah,saya harap cuba elak bermain di pantai,sebab kawasan tu berisiko mungkin ribut,air pasang ombak besar",katanya.
Terdahulu beliau hadir mengagihkan Jalur Gemilang kepada 50 pemandu teksi di kawasan Kuala Terengganu,Kuala Nerus dan Marang di Kuala Nerus.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur