2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,28 Ogos- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM35.97 bilion daripada RM39.62 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM19.18 bilion daripada RM19.52 bilion.
Terdahulu,bank pusat mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM36.0 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM19.20 bilion,kedua-duanya bagi wang sehari.
Setakat 27 Ogos,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur